Thursday, November 24, 2016

BELIAN ONLINE

Pembelian online menjimatkan wang dan masa.

-Nak jimat tapi terboros-

Dahulunya saya seorang yang selalu kecam orang yang suka membeli online.

Bagi saya harga seller letak mahal lah. Dekat tempat sini lagi murah.

Saya pertikai nilai pos yang dicaj. RM6 sangat mahal!

Bila dihitung balik, pembelian offline lagi membazir wang.

Contoh situasi,
nak beli pakaian keluar ke jalan Tar.

Bawa lagi anak 2 orang. Nak ke jalan tar mengharungi perjalanan lalulintas sesak dah ambil masa 2jam.

Sampai ke jalan Tar bayar parking paling murah per entry RM 5.

Dah jalan-jalan anak lapar berhenti makan habis RM 20.

Survey punya survey terlari dengan matlamat asas. Nak beli sehelai terbeli 5 helai.

Minyak kereta pergi balik kos RM 15.

Hanya untuk nak jimat RM3 terkeluar RM30.

Yang ni situasi saya. Saya sharing kisah yang saya alami.

Semenjak ada online bisnes ni, semua saya beli klik saja. Tak relevan nak bawa anak kecil bersesak hanya kerana sehelai seluar untuk ibu.

Tambahan kalau seluar yang limited edition. Kami jual best price untuk customer yang mempunyai masalah untuk membeli di luar.

Terima kasih kepada regular customer yang sentiasa berurusan dengan kami.

[Syamim Rahim]

BACA AL-QURAN

Dari wall Ustazah Ainun Mardhiah:

Bila ada ibu bertanya,

"Ustazah, saya sibuk sangat setiap hari. Tak sempat baca Al-Quran. Balik rumah kerja banyak, saya kerja..camana ya Ustazah?"

Saya takde jawapan.
Serius saya takde jawapan.

Sebab pada pendapat saya..Al-Quran bukan aktiviti sampingan yang aci buat sahaja..ia adalah KEWAJIPAN. 1 kewajipan kepada kita walau sesibuk manapun kita.

Apatah lagi untuk kita yang bergelar isteri dan ibu..emosi turun naik. Ujian datang kiri kanan depan & belakang..Sampai kadangkala kita terduduk. Sedih sangat mengenangkan nasib diri..Sebab tu sahabatku, Kita sangat perlukan Al-Quran.

Jiwa akan sakit kalau tak baca Al-Quran dalam sehari.
Hati akan lemah kalau tak mentadabbur Al-Quran berhari-hari.
Kita jadi serabut, keliru tak tentu hala..
Rasa nak marah, gelisah sepanjang masa.
Itu tak kena,ini tak kena.

Saya faham..kita sibuk..
Tapi adakah itu jawapan yang kita nak bagi di depan Allah nanti?
Malu sangat dengan Allah..
Macam-macam nikmat Allah bagi kita.
Kita nak kahwin..Allah bagi suami yang baik..
Kita nak anak..Allah bagi anak-anak yang comel..
Kerjaya yang best..
Kawan-kawan yang memahami..
Tapi bab Al-Quran kita berkira sangat..kenapa?

Sibuk apa sebenarnya kita?
Sedang Al-Quran itu ayat Allah, yang jadi panduan untuk kita melangkah di atas bumi sehari-hari..

[TIPS UNTUK DEKAT DENGAN AL-QURAN ]

+Pertama sekali, paksa diri. Mula-mula memang susah. Bila dah jadi rutin, insyaAllah susah sangat nak tinggal..Tengah pangku anak pun kita rasa tak sabar nak baca Al-Quran.

+ Kalau tak pandai,belajar. Jangan Malu. Ia Fardhu Ain ke atas diri kita. Biar malu atas dunia, jangan kita malu di akhirat sana.

+Rutinkan setiap pagi baca Al-Quran. Bangun awal sebelum Subuh. Tak banyak page pun takpe janji konsisten. Bila ada masa, baca lagi. Jadikan rutin. Alah bisa tegal biasa.

+MUJAHADAH. Sakit nak buat, susahnya Ya Allah.. Tapi lawan malas tu. Lawan segala alasan tu. AKU BUAT KERANAMU YA ALLAH. Aku nak dekat dengan Al-Quran. Moga dengan membaca & mentadabbur Al-Quran aku makin mengenali zat dan kekuasaanMu Ya ALLAH.

InsyaAllah bila kita ikhlas nak berubah Allah akan tolong. YAKIN SAHABAT! :)

#bacaALQURANhatitenang
#berubahkeranaAllah
#impiHusnulKhatimah

MOTIVASI

Today awak promote barang tiada orang nak beli.
Tapi 10 orang tengok iklan awak...
One week awak promote pun tiada orang nak beli . 😯
Tapi dah makin ramai kenal awak and tahu apa yang awak jual .
One month awak promote lagi pun sepi jugakkk ....😂😂😂😂
Tapi lebih 500 friends fb awak dah tahu apa yang awak jual .

Bulan kedua awak give up and terus stop !
Sebab time tuh awak rasa dah tak boleh buat bisnes , tak laku katanya .

Bulan kedua tuh lah ramai pulakkk yang tunggu mana iklan awak , barang awak and business awak . Cust dah ada duit nak beli . Tapi awak ????

Dah pun berhenti ....😢😢😢

Hey bro , hey sis !
Sado sikit boleh tak ?
Jangan pernah mengalah . Maybe bulan pertama agak sukar , tapi selepas tu InshaAllah akan ada .

Yang penting iklan iklan dan terus iklan tanpa henti .
Kan Allah dah cakap " Setelah Kesulitan , Pasti Akan Ada Kesudahan "
Malah 2 kali Dia sebut dalam kalam dia , 2 kali! 😄

Usaha tangga kejayaan 😊😊

LIST SIFU BISNES ONLINE

Ini list orang yang saya cadangkan anda add mereka di fb,cari dengan taipkan nama mereka.Kalau tak boleh add friend,boleh tekan butang follow

1. Khai Isc - lepas add PM bagitahu nak join group Team Raja Rimba Marketing untuk tambah ilmu fb ads.

2. Bukhari Ramli - ada group,tapi perlu beli ebook atau join kelas dia.Boleh baca post-post dia sebelum ini.Post nya sangat bermanfaat.

3. Safuan Borhan

4. Faiz Sufi -

5. Raja Kamil

6. Nurraimi Aman -

7. Haniff Sofian - boleh join group fb Tsoho Marketing secara percuma

8. Ainon Mohd - ada group juga secara percuma

9. Wan Mus-sifu google adsword

10.Shamsuddin Kadir

11.Zaidi Ismail -pakar hartanah underground

12. Suzardi Maulan

13. Roslan Ab Hamid

14. Faris Azaki

15. Syamsul Adlan Mahrim - boleh join group fb percuma : Guerrilla Marketing Sebenar

16- Haji Wan Hilmi

17 - Hakim Najili

18- Hadi Ismail - anak muda dengan ilmu yang sangat praktikal

19. Pakdi Suzardi M

20. Syaizul Amal - boleh join group fb beliau - Startup Business Mastermind

21. Azlan Ismail

22. June Mohd Som - join group Basic Online Positioning

23. Wan Muhd Adli

24. Hajar Abdullah

25. Azhar Hamid

26. Ahmad Fauzi

27. Hanni Borhan

28. Abdul Basit

Join juga group Persatuan Usahawan internet Malaysia dan belek pos terdahulu

Untuk dapatkan khidmat designer boleh join group Grafik Malaya

Nanti saya tambah bila ingat dan update

"Untuk menjadi hebat kita perlu "dekat" dengan orang yang hebat" - Nfam

C&P

Selamat Hari Guru

#AnnaNaimShare

TIPS MEMBAYAR HUTANG

Status pada zaman kegelapan and kejatuhan..
Tidak mudah memulakan tetapi kita sahaja yg mampu ubah diri sendiri .

Masa ni kakfel sgt tertekan. Fitnah, company bankrup, hutang, family problem.. Semua mai serentak.

Kawan pun takdak..Masa ni orang yang nak like status bagi support  pon suam suam kuku but, kakfel percaya,Tidak ada apa yang mustahil tanpa usaha.

Siapa rasa hidup dia susah dan melihat orang lain senang, tahu kah kalian bahawa mereka juga pernah susah dan bangkit melawan kesakitan.

Apa yg kita mahu hanya dengan terusan menangisi nasib diri dan terusan merasa seperti Allah tak sayang. Rezeki aku tak macam depa, aku ni tak bernasib baik...

anda mencuba sikit dah berputus asa.

Layakkah anda mendapat kejayaan?

Harini kaji diri and mula berfikir, kesilapan utama orang yg dlm kesusahan adalah dengan BERHUTANG, kemudian membayar hutang dengan HUTANG BARU.

Sedangkan percayalah utk keluar dr hutang adalah dengan cara membayar hutang walau sedikit sedikit dan mengabaiakan keperluan diri.

Bayar hak org dulu. Kakfel dulu sampai jual barang2. Dan juga tak pikir pasal makeup ka, baju baru ka, itu pon hutang yg dibuat org lain tapi company kakfel kena tanggung. Kakfel ambik juga tanggungjawab and bayar walau pun bukan salah diri.

Jual meja .. Jual baju kakfel, bayar sikit2, rm30,rm50 yang utama niat tu nak bayar.

But.. Bila membayar hutang.. Rezeki terbuka dgn baik. Allah mudahkan banyak urusan.
#tipsfelinnanadea

KATA KATA JUTAWAN MUDA BERUMUR 22thn, SAFILEY ILIAS

Saya sering kali menerima inbox...
" Saya nak kaya. Nak bantu family. Nak income yg lg banyak. Tp saya tak ada modal. Ilmu pun saya tak tahu sgt. "

2 kesalahan utama :-

1. Kesalahan mindset nak kaya TANPA modal ini tak wujud! Bila kita dh mention nk income yg byk, modal juga harus banyak. Jika tak,  dh ramai yg x ada modal pun kaya. Yg saya selalu jumpa org berniaga guna fund modal org lain. Menjadi dropship boleh juga kaya tp tidak lah kaya mcm org yg anda idolakan. Itu anda kena faham dan mindset harus betul.

2. Tak ada ilmu tapi nak income banyak pon salah! Ilmu sgt penting dan ilmu ini x akan habis dipelajari. Tapi, byk ilmu juga tidak menjamin kekayaan atau kejayaan.

2 masalah yg telah dikenal pasti :-

1. Tiada modal, cari modal. Jika x ada juga, berniagalah dari bawah dgn mnjadi dropship, pekerja, kuli, dan sebagainya. JANGAN terus fikir akan hal2 kaya yg akhirnya mematikan semangat. Mulakan sesuatu yg ada pada diri anda dan yg anda tahu. Modal pula kalau boleh gunakan 1/4 drpd saving dan modal dlm tangan.

2. Tiada ilmu. Cari dan kaji ilmu sama ada berbayar atau percuma. Tadi kata nak income lebat kan??? Jdi pergi lah mana2 seminar atau cari mentor anda dan belajar. Keluarkan sedikit wang "pelaburan" janji anda dpt ilmu yg anda nak. Kenal pasti background mentor anda supaya anda tak "dikencing". Praktiskan ilmu yg anda dpt! Apa kamu ingat pergi seminar balik terus kaya tanpa TINDAKAN??? Jangan mimpi.

Nah, analisa lah 4 perkara di atas. Kalau rasa nak kaya dgn cara lenggang kaki baik lah tak payah ya...

*Mulakan sesuatu yg ada pada diri anda dan yg anda tahu...

BASIC TIPS FB MARKETING

1. Penuhkan friends 5k

2.Setting PUBLIC untuk semua posting, jangan set untuk friend sahaja.

3. Belajar branding diri sendiri, belajar untuk sentiasa engaged dengan fb friends.
Contoh:
◎ Wish selamat pagi & ucapan salam setiap pagi bagi yg baru meniaga online, supaya orang lain sedar kewujudan anda di fb.
◎Share something menarik dekat wall untuk menarik minat orang ramai.

4. Jangan segan &takut untuk beriklan.
Contoh:
◎takut org mengata takde duit sangat sampai meniaga online.
◎takut org cakap asyik2 posting dia je keluar dekat wall.

Buat je, jangan fikir apa orang akan cakap. Itu semua tidak PENTING jika anda nak berjaya.

5. Post iklan anda waktu traffic tinggi
Waktu Post Status Paling Sesuai:-

◎Waktu Pagi : 6.15am - 7.00am (pengguna FB tegar akan login)

◎Masuk Keja : 8.00am - 10.00am (ni yang boleh akses FB di tempat kerja)

◎Lunch Hour : 12.30pm - 2.00pm (sambil tunggu waktu lunch, layan FB)

◎Selepas Lunch : 2.30pm - 3.00pm (layan jap sebelum sambung kerja)

◎Sebelum Balik : 5.30pm - 6.15pm (tunggu nak checkout)

◎Lepas Isyak : 9.00pm - 12am, kadang2 terlajak 1am - 2am.

🔥❗WAKTU PALING HOT❗🔥
🕙10 pagi
🕛12 tengah hari
🕒 3 petang
🕔 5 petang
🕘 9 malam
🕙10 malam

6. Join group iklan terbesar. Iklan la di sana minimum 6 posting sehari.

7. Mulakan menjual barang yang laku keras yang menjadi viral terkini. Agar mudah; cepat anda pusing modal.

8. Share testimoni pembeli untuk yakinkan pembeli lain .

9.Buat secara berterusan semua di atas anda pasti berjaya.

10. Jangan malu jangan segan ,bertindak cepat anda yang dapat

BERNIAGA DI FACEBOOK

Dari wall Puan Hayati,

Langkah berniaga di Facebook.

1. Perkenalkan diri.
2. Buat posting yang bermanfaat.
3. Bina networking
4. Join group yang ada target customer di dalamnya.
5. Like status kawan-kawan.
6. Komen status kawan-kawan.
7. Bina engagement.
8. Aplikasikan FB viral agar post kita ramai akan nampak.
9. Post gambar yang menarik sahaja.
10. Kongsi maklumat penting.
11. Hacking friends.
12. Buat soft selling.
13. Buat story telling.
14. Gunakan hashtag yang sama setiap posting.
15. Jangan terlalu kerap hard selling, sesekali takpe.
16. Kongsikan testimoni yang paling terbaik. Pastikan gambar tidak blur dan kemas.
17. Dilarang sama sekali tag sesiapa dalam fb kecuali gmbr tu berkaitan dengan orang itu.
18. Doakan rakan FB, minta mereka aminkan.
19. Buat Give Away tanda menghargai.
20. Jangan spam iklan di status sesiapa termasuk status artist.
21. Bina USP masing masing. USP ada macam macam. USP produk USP iklan sendiri dan create lah apa-apa USP pun.

Ada mana yang anda tak berapa jelas? Siapa nak lagi saya huraikan? say 'i'.

#hayathijab #feelegant

Wednesday, November 23, 2016

CLOSE SALE

Buat sapa yg ade masalah close sale..
maaf sy bukan sembang kencang semata..ini jualan retail.

Apa sy tulis itulah saya buat..jujur sy xde skrip..hya buat, apa yg sy pernah share sblm ni... 👇👇👇👇👇👇

Ramai giler ade masalah CLOSE SALE..
pum pang ..pum pang cerita kat customer..last2 customer diam seribu bahasa..plg kurang bg alasan NNTI TYA SUAMI DULU!!!

Tak taw nak kabo guane.. tapi kite pakai st teknik je... tp mmg dr dlu ,gune ni..TEKNIK SANGKA BAIK KAT ALLAH. ingat!!!

"ALLAH BERADA DALAM SANGKAAN HAMBANYA"

apa yang kita cakap,apa yang kita rasa,apa kita fikir,juga adalah satu DOA. Fikir positive, result positive

Awal2 balas wasup customer..dah setting dlm kepala otak
 " Ya Allah, aku yakin ni rezeki aku, KAU YG PGG HATI DIE YA ALLAH, kau bantu aku, kau bantu aku close sale customer ni, kau bukak hati customer ni untuk dpt manfaat dr product aku, kau bantu aku untuk die terima dgn baik harga product aku"

Bkntu je..mmg setiap kali bls wasup.ape pun die tya..jawab dlu..dgn submit DOA pd ALLAH! dan jgn lupa bersyukur .setiap rezeki yg masuk.ingat!!

"takkan bergerak pun satu zarah, tanpa kuasa DIA"

mcm2 jugak dgn HATI MANUSIA dia yang pegang...Yg ui!! buat la target fbads budget 1k sekali pun kalau ALLAH xbuka pandangan dan hati manusia tu untuk tgk,bc iklan kita..pun xkn jadi jugak lah!

JANGAN SESEKALI SOMBONG DGN ALLAH...ALLAH mmg suke kita merayu2 walaupun sbnrnye DIA dh tahu apa yg kita nak..sebab apa??

SEBAGAI TANDA KITA HAMBA DIA!

RUGI SAPA XGUNA ZERO MARKETING SBNR!

"ALLAH S.W.T"

yang lain tu semuanya hanyalah TOOLS atau PLATFORM.

Moga bermanfaat👆🏻☺

BERDERAI AIR MATA !!

Pagi tu Azhar, isteri dan anaknya ke pasar ikan. Si isteri minta udang segar. Azhar beli udang 2  kilo RM70.

Di tepi mereka ada sorang pakcik tu ambil ikan yang agak berbau, kami panggil ikan baja.

Pakcik itu bayar RM2. Anak Azhar (Iqram) cakap, pakcik hendak bagi makan kucing ke?
Ikan tu tak berapa elok, anjing kebun ayah pun tak nak makan, berbau.

Pakcik itu terus gosok kepala anak Azhar (Iqram) sambil berkata “anak bertuah, ayah anak orang kaya. Boleh beli udang besar, ikan elok. Pakcik anak ramai, sekarang pakcik tak toreh getah lagi, tak larat, ikan ini bau sikit saja. Pakcik bukan beli untuk kucing. Pakcik beli untuk keluarga pakcik”.

Azhar tergaman, lalu mintak maaf sangat-sangat dgn pakcik tu. Orang2 di pasar ikan semua terdiam. Iqram terus nangis, Iqram minta maaf ayah, Iqram ingat pakcik hendak bagi kucing.

Terus Azhar beli ketam dan udang dekat pakcik itu. Berat juga pakcik tu mau ambil tapi bila lihat Iqram nangis.. dia gosok kepala Iqram lagi, ucap terima kasih.

Malam tu bila isteri hidangkan ikan masak steam dan udang goreng, terus airmata Azhar berderai, emak makan apa dekat kampung malam ini?

Sewaktu Azhar kecil dulu, beliau juga lalui perkara yang sama, emak kutip ikan yang tidak sesuai buat keropok di dalam tong ikan untuk lauk nasi kami sekeluarga.

Hari ini Allah swt ingatkan Azhar lagi dari mana Azhar datang. Sebenarnya kesusahan itu nikmat, merasai kesukaran orang lain untuk survival hidup setelah kita mendapat lebihan rezeki Nya.

Di atas rezeki kita ada hak untuk mereka.

Ya Allah ya Rabbku... tetapkanlah hati kami dalam memahami hikmah Mu, jauhkanlah kami dari bangga diri ya Allah.

RAHSIA KUMPUL FOLLOWER

Siapa nak tahu RAHSIA saya kumpul 2k followers dalam masa 3 minggu ?

Siapa nak tahu RAHSIA/CARA banyakkan jumlah FOLLOWERS anda?

Jawapan:

1. Pastikan kuota fren 5k full asap.
2. Banyakkan buat post yang orang suka, supaya banyak orang like komen dan share.
3. Utamakan post yang orang suka #SHARE
4. Mulakan dengan konten post yang akan dapat puluhan share then ratusan share.
5. Target- setiap minggu ada 2 post yang viral (banyak shares). Kena konsisten yeaa.

Go for post berkualiti, UP Isnin-Rabu sebab trafik laju masa 3 hari ni.

Write contents for your audiences (not about yourself).
Audiens anda suka konten apa? Resepi? Doa? Ilmu bisnes???

NEXT:
Pastikan masa buat post yang bakal viral tu, letak CTA (sebab manusia perlukan instruction).

Contoh CTA:
Sila #LIKE jika anda belajar sesuatu.

Komen "ALHAMDULILLAH" jika anda suka post ini.

#Share untuk manfaat kawan-kawan anda.

#Share supaya dapat sikit pahala kerana menyebarkan ilmu ini. 😄

[Credit to: Cikgu June Mohd Som]

Menjemput Rezeki dengan Membaca al-Quran

Setiap surah mempunyai manfaatnya.Surah Yasin misalnya,bagus jika sanggup diamalkan setiap pagi.Ata’ bin Abi Rabah berkata :Telah sampai kepadaku bahawa Rasulullah SAW bersabda :

“ Sesiapa yang membaca surah Yasin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan.” (Riwayat Darimi)

Abdullah bin Mas’ud meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :

“Sesiapa membaca surah al-Waqiah pada setiap malam,kebuluran tidak akan menimpanya untuk selama-lamanya.” Abdullah bin Mas’ud selalu menyuruh anak-anak perempuannya membaca surah ini pada setiap malam. (Riwayat Baihaqi)

(Fathuri Salehuddin - Mudahnya Menjemput Rezeki)

TENTANG REZEKI

Allah nak ambil atau nak tarik rezeki kita dengan macam2 cara. Tayar motor pancitlah, kereta rosak, duit kena curilah, kena tipu lah sebab join bisnes itu ini, kena tipu join skim itu ini, dan macam2 lagi. Itu lah hakikatnya.

Kekadang kita berfikir soal rezeki dengan tidak adil.. maka kita cemburukan gaji, elaun dan pendapatan tambahan kawan kita yang bekerja di tempat lain atau bekerja lebih masa dengan berniaga dan sebagainya yang dilihat lebih besar dari kita. Kita rasa resah melihat orang lain.

Ingat! REZEKI itu bukan sahaja pada slip gaji atau pada jumlah angka duit semata-mata.

Kekadang kita lupa..
🔹Dapat bos di tempat kerja yang baik pun rezeki..
🔹Dapat kawan2 tempat kerja yang baik pun rezeki..
🔹Dapat masyarakat sekeliling tempat kerja yang baik pun rezeki..
🔹Kerja tak pressure pun rezeki..
🔹Sambil bekerja tapi banyak masa dengan family pun rezeki..

Banyak sangat rezeki yang Allah bagi kepada kita sebenarnya, tapi kita kurang menyedarinya.

 Jom fikir luasnya rezeki.

Jangan sempitkan hanya pendapatan yang tercatat atas kertas sahaja sebagai rezeki..

Kekadang..

🔸Ada orang direzekikan cantik & tampan, tapi tak direzekikan cinta.
🔸Ada orang direzekikan harta, tapi tak direzekikan anak-anak.
🔸Ada orang direzekikan anak-anak, tapi tak direzekikan kasih sayang.
🔸Ada orang direzekikan kekayaan, tapi tak direzekikan kebahagiaan.
🔸Ada orang direzekikan makanan yang hebat, tapi tak direzekikan selera.

Demikian Allah SWT membahagikan rezeki-Nya dengan adil dan saksama.  Jangan menyangka kita tidak ada rezeki. Sentiasalah bersyukur😊

Tuesday, November 22, 2016

MOTIVASI HARI INI.

Tukarkan mindset dan kata kata bicara anda sekalian dari NEGATIF kepada POSITIF ✌😍✌.
.
1.🚫Asal :  Aku takde duit nak berniaga.
✔Ubah :  Sebab aku takde duit lah aku mesti berniaga.
.
2.🚫Asal :  Aku mana ada bakat berniaga.
✔Ubah :  Aku mesti cari seseorang untuk belajar berniaga.
.
3.🚫Asal :  Keluarga aku mana ada berniaga.
✔Ubah :  Aku mesti jadi contoh kepada keluarga aku untuk berniaga.
.
4.🚫Asal  :  Aku mana ada masa berniaga. Selalu sibuk.
✔Ubah  :  Aku mesti belajar urus masa. 24 jam cukup jika bijak uruskan masa.
.
5.🚫Asal  :  Aku takut gagal, tak laku dan malu.
✔Ubah  :  Apa yang aku dapat jika aku takut & malu? Tak dapat apa pun. Buat & adjust jer.
.
6.🚫Asal :  Aku takut sombong bila kaya.
✔Ubah  :  Ramai juga orang miskin yang sombong. Aku kaya aku tidak menyusahkan sesiapa. Aku boleh bantu orang yang memerlukan.
m
7.🚫Asal  :  Aku banyak hutang.
✔Ubah  :  Sebab banyak hutang lah aku mesti berjaya dalam bisnes. Keuntungan bisnes boleh bayar hutang dengan lebih cepat.
.
8.🚫Asal  :  Aku belum bersedia. Ilmu & pengalaman takde.
✔Ubah  :  Aku mesti bertindak sekarang. Ilmu & pengalaman pasti ada
.
9.🚫Asal  :  Bila masa sesuai untuk berniaga?
✔Ubah  :  Sekarang masa sesuai untuk bermula. Ya. Sekarang! Bukan esok. In Syaa ALLAH. Aamiin.
.
Jom Ubah !